Malaysia vs Nepal – KBS Sedia 14 Lokasi Tayangan Skrin Besar
March 21, 2025 Hafizuddin Omar

Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Peter Cklamovski akan turun beraksi buat julung kalinya menentang Nepal, ranking 175 dunia, dalam aksi pertama Kumpulan F bagi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027.

Pertembungan tersebut dijadualkan berlangsung pada Selasa, 25hb Mac, dengan sepak mula pada jam 10 malam, bertempat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membawakan berita baik buat para peminat dan penyokong bola sepak tanah air.

Menerusi satu perkongsian, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) memaklumkan akan mengadakan tayangan skrin besar secara percuma bagi perlawanan tersebut di 14 buah lokasi seluruh negara. 

Senarai lokasi-lokasi tersebut adalah seperti berikut:

  • WP Kuala Lumpur: Dataran Merdeka
  • Selangor: Laman MBPJ, Petaling Jaya
  • Negeri Sembilan: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
  • Melaka: Mydin MITC, Ayer Keroh
  • Perak: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh
  • Kedah: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  • Pulau Pinang: Padang Kota Lama, Georgetown
  • Perlis: Taman Rekreasi Pengkalan Asam, Kangar
  • Terengganu: Kompleks Paya Bunga Sentral, K. Terengganu
  • Pahang: Stadium Darul Makmur, Kuantan
  • Kelantan: Dataran Politeknik Kota Bharu
  • Sabah: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah, Putatan
  • Sarawak: Dewan Suarah Bintulu
  • WP Labuan: Balai Raya Kg. Layangan, Labuan

Selain daripada tayangan skrin besar, JBSN turut memaklumkan pelbagai aktiviti sampingan turut disediakan buat para peminat Harimau Malaya dan pengunjung yang hadir.

Pada malam yang sama, dua buah lagi pasukan dalam Kumpulan F, Vietnam dan Laos turut sama bertembung bertempat di Stadium Go Dau, Binh Duong.

Untuk makluman, hanya juara kumpulan sahaja akan layak mara ke Piala Asia 2027 yang akan berlangsung di Arab Saudi.

Featured Image: Malaysia NT

Komen