Kenneth Jonassen Kini Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM
March 25, 2025 Hafizuddin Omar

Selepas hampir tiga bulan menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenneth Jonassen dari Denmark kini diberikan peranan baharu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Menerusi satu pengumuman oleh Pemangku Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam memaklumkan jurulatih berusia 50 tersebut dilantik sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan ABM.

Sebelum ini, Kenneth dibawa masuk sebagai Ketua Jurulatih Perseorangan Kebangsaan.

Perkembangan itu hadir susulan BAM melakukan rombakan kecil terhadap struktur kejurulatihannya. Pada masa yang sama, Rexy Mainaky pula akan memegang jawatan sebagai Pengarah Kejurulatihan Beregu berbanding Pengarah Kejurulatihan bagi semua kategori.

Perubahan ini menyaksikan Rexy akan memantau dan mengendalikan latihan beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Difahamkan, langkah itu diambil BAM untuk mengurangkan beban kerja Rexy serta membolehkannya menumpukan perhatian kepada skuad beregu, kepakarannya, serta pembangunan sektor beregu.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen