
Era baharu skuad bola sepak senior kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih, Peter Cklamovski bermula dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Nepal pada aksi pertama Kumpulan F, pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027.
Malaysia atau nama julukannya, Harimau Malaya mencapai kemenangan ke atas pasukan di tangga ke-175 dunia itu dengan keputusan 2-0 hasil jaringan pemain berdarah campuran baharu, Hector Hevel dan Corbin-Ong.
Gol tersebut dijaringkan pada minit ke-29 dan ke-70 masing-masing sambil disaksikan 7,895 penonton yang hadir ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Selasa.
Persembahan cemerlang Hevel, 28 tahun, yang beraksi bersama Portimonense SC dalam divisyen kedua Portugal bukan sahaja diiringan dengan cetakan gol sulung bersama Harimau Malaya pada debutnya bahkan turut diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan (MOTM).
Debut yang tidak mampu dilupakan. Tahniah βMan of The Matchβ, Hector Hevel! π―π²πΎ
— Malaysia NT (@malaysia_nt) March 25, 2025
ββββββ
A debut to remember! Congratulations our Man of The Match, Hector Hevel! π―π²πΎ#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/0PNEHy32SE
Pertembungan itu turut diserikan dengan penampilan semula penyerang sayap, Faisal Halim sejak terlibat dalam insiden serangan asid pada Mei tahun lalu. Pemain berusia 27 tahun dimasukkan menggantikan kapten, Dion Cools pada minit ke-74.
Selain itu, aksi Malaysia dan Nepal itu turut diwarnai dengan layangan lima kad kuning oleh pengadil perlawanan dari Jepun, Hiroki Kasahara. Antara yang mendapat layangan kad terbabit ialah Endrick dos Santos, Dion Cools, Ayush Ghalan, Anjan Bista dan ketua jurulatih Nepal sendiri, Matthew Ross.
Susulan kemenangan ini, Malaysia meraih tiga mata pertamanya dan menduduki tangga kedua Kumpulan F di bawah Vietnam.
Terdahulu, skuad bimbingan Kim Sang-sik mencatatkan kemenangan yang cemerlang dengan membelasah Laos dengan keputusan 5-0 di lamannya sendiri, Stadium Binh Duong.
Perlawanan seterusnya bagi pusingan kelayakan ini, Malaysia akan melayan kunjungan Vietnam pada 10hb Jun 2025.
Featured Image: Malaysia NT / Football Association of Malaysia