
Malaysia bimbingan Peter Cklamovski bukan sahaja bermula dengan langkah kanan dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027 dengan menumpaskan Nepal.
Sebaliknya, skuad berjulukan Harimau Malaya itu turut merekodkan peningkatan dalam ranking dunia hasil meraih kemenangan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) ke atas pasukan bimbingan Matthew Ross terbabit.
Menerusi kiraan tidak rasmi oleh Footy Rankings, Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak satu anak tangga, 131 dunia, berbanding kedudukan semasa, 132 dunia, susulan kemenangan terbabit.
Peningkatan itu dicetuskan oleh pertambahan sebanyak 8.56 mata sementara Nepal pula ditolak 8.56 mata berdasarkan keputusan terbabit.
Bagaimanapun, kedudukan rasmi Malaysia dalam ranking dunia akan diketahui apabila Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) melakukan kemaskininya pada 3hb April kelak.
Cklamovski ketika diumumkan sebagai ketua jurulatih meletakkan sasaran untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok 100 terbaik dalam Ranking Dunia FIFA.
[FIFA Rankings update]
— Footy Rankings (@FootyRankings) March 25, 2025
2027 AFC Asian Cup qualification
🇲🇾 Malaysia 2-0 🇳🇵 Nepal
Rankings after match
🇲🇾 131 (⬆️ 2)
🇳🇵 175
Points after match
🇲🇾 1123.57 (+ 8.56)
🇳🇵 936.29 (- 8.56)#FIFARankings #ACQ2027 #AsianCup2027
Featured Image: Malaysia NT