Premier League Guna SAOT Bermula 12 April
Hafiz Omar

Liga bola sepak yang paling banyak ditonton oleh umat manusia, Premier League (PL) akan menggunakan Teknologi Ofsaid Separa Automatik (SAOT) buat julung kalinya bermula aksi ke-32 pada Sabtu hingga Selasa hadapan.
SAOT merupakan alat sokongan kepada video bantuan pengadil (VAR) yang mengautomasikan elemen-elemen utama dalam proses membuat keputusan ofsaid.
Teknologi ini akan menyediakan penempatan garisan ofsaid maya yang lebih cekap, berdasarkan kepada penjejakan pemain secara optik, menghasilkan grafik maya untuk memastikan peningkatan pengalaman dalam stadium dan penyiaran buat para penyokong.
Pengenalan teknologi ini dalam kancah berkenaan hasil daripada kerjasama dan kolaborasi antara PL dan Professional Game Match Officials (PGMOL) serta syarikat teknologi dan data sukan, Genius Sports.
Senarai perlawanan yang akan berlangsung pada minggu ke-32 kelak adalah seperti berikut:
- Manchester City vs Crystal Palace
- Brighton vs Leicester City
- Nottingham Forest vs Everton
- Southampton vs Aston Villa
- Arsenal vs Brentford
- Chelsea vs Ipswich Town
- Liverpool vs West Ham United
- Wolverhampton Wanderers vs Tottenham Hotspur
- Newcastle United vs Manchester United
- Bournemouth vs Fulham
Featured Image: Premier League