
Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 yang mengumpulkan pemain serta beregu handalan benua asia akan berlangsung pada minggu ini bermula 8hb April dan berakhir pada 15hb April 2025.
Ianya merupakan anjuran tahunan badan induk badminton bagi benua asia, Badminton Asia (BA) yang menawarkan pungutan mata yang setaraf dengan dengan siri Jelajah Dunia BWF Super 1000.
Selain itu, kejohanan ini turut menawarkan hadiah berupa wang tunai sekitar RM156,000 bagi juara kategori perseorangan lelaki dan wanita. Manakala juara bagi sektor beregu lelaki, wanita dan campuran pula akan mendapat wang tunai lebih daripada RM165,000.
Senarai penuh ganjaran wang tunai yang diperolehi setiap pemain bagi setiap peringkat adalah seperti berikut:
Perseorangan
- Juara – RM156,362.50 (AS$35,000)
- Naib Juara – RM75,947.50 (AS$17,00)
- Separuh Akhir – RM31,272.50 (AS$7,000)
- Suku Akhir – RM11,168.75 (AS$2,500)
- Pusingan 16 – RM6,701.25 (AS$1,500)
- Pusingan 32 – RM2,233.75 (AS$500)
Beregu
- Juara – RM165,297.50 (AS$37,000)
- Naib Juara – RM78,181.25 (AS$17,500)
- Separuh Akhir – RM31,272.50 (AS$7,000)
- Suku Akhir – RM13,960.94 (AS$3,125)
- Pusingan 16 – RM7,259.69 (AS$1,625)
- Pusingan 32 – RM2,233.75 (AS$500)
Untuk makluman semua, kejohanan ini berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China.
Featured Image: Badminton Asia