ESBK Talent Cup 2025: Qabil Irfan Muncul Juara Berganda Di Litar Jerez
April 6, 2025 Hafizuddin Omar

Pelumba remaja berbakat kelahiran Terengganu iaitu Qabil Irfan Azlan mencipta sensasi di pentas antarabangsa apabila meraih kemenangan berganda dalam perlumbaan Pusingan 1 Espana Superbike Championship (ESBK) Talent Cup di Jerez, Sepanyol. 

Kemenangan berganda itu dilengkapkan Qabil, 13 tahun, muncul pemenang pada perlumbaan kedua yang berlangsung pada Ahad selepas melintasi garisan penamat dengan meninggalkan pencabar terdekatnya, Izan Rodriguez.

Bermula daripada petak pertama, pelumba Frando Racing VHC Team Liqui Moly itu melintasi garisan penamat dengan catatan masa 26:08.299 saat.

Izan, dari Sepanyol, yang muncul naib juara pula melintasi garisan penamat dengan tambahan masa 0.403 saat berbanding Qabil diikuti oleh seorang lagi pelumba dari negara yang sama, Andreas Garcia dengan tambahan masa masa 12.562 saat.

Pada Sabtu, Qabil muncul juara perlumbaan pertama di litar yang sama namun  berlumba dalam keadaan litar licin dengan catatan masa 26:22.845 saat.

Untuk makluman, Pusingan 2 ESBK akan berlangsung pada 9hb hingga 11hb Mei kelak di lokasi litar yang akan diumumkan kelak.

Featured Image: ZK Racing

Komen