BAC 2025: Roy King-Valeree Buat Perhitungan Dengan Beregu No.1 Jepun

April 9, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Tahun lalu, kempen gandingan Yap Roy King dan Valeree Siow dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 terhenti setakat pusingan 32 sahaja selepas ditewaskan oleh beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai.

Bagaimanapun lain pula skripnya pada tahun ini apabila gandingan yang menghuni ranking ke-63 dunia ini berjaya melangkah ke pusingan 16 di BAC 2025 selepas menundukkan beregu India, Rohan Kapoor dan Ruthvika Shivani Gadde.

Pertemuan julung kalinya melibatkan kedua-dua pasangan tersebut berlangsung sengit namun ianya berhasil dimenangi oleh Roy King-Valeree menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 18-21, 21-17 dan 21-17 dalam masa 56 minit. 

Hasil daripada kemenangan terbabit, Roy King-Valeree akan berhadapan dengan beregu campuran No.1 Jepun, Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito pada pusingan 16 untuk merebut tempat ke peringkat suku akhir.

Untuk makluman, beregu Jepun yang menduduki ranking kesebelas dunia itu mara ke pusingan 16 selepas menumbangkan beregu Macau, Leong Iok Chong dan Ng Weng Chi secara  “straight set” menerusi skor 21-13 dan 21-14.

Featured Image: BAC 2025

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd