BAC 2025: Justin, Jin Wei Kandas Pusingan 16
April 10, 2025 Hafizuddin Omar

Tiada lagi perseorangan lelaki dan perseorangan wanita negara mewarnai saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 bermula peringkat suku akhir.

Ini susulan baki wakil negara yang beraksi di kedua-dua sektor berkenaan iaitu Justin Hoh dan Goh Jin Wei tumpas di pusingan 16, pada hari ini.

Justin, penghuni ranking ke-48 dunia, terpaksa mengakui kehebatan pemain Indonesia, Jonatan Christie yang diletakkan selaku pilihan kedua kejohanan selepas tumpas secara “straight set” menerusi skor 13-21 dan 19-21.

Sebagai rekod, pertembungan sulung melibatkan kedua-dua pemain berkenaan berlangsung dalam masa 46 minit.

Sementara itu, Jin Wei turut sama terkandas apabila gagal mengatasi cabaran daripada pemain Thailand, Supanida Katethong pada peringkat yang sama.

Pertarungan tersebut berlangsung selama 35 minit sebelum Jin Wei terpaksa akur dengan kekalahan menerusi skor 15-21 dan 16-21.

Untuk makluman, ini merupakan kekalahan keempat dialami Jin Wei apabila bertemu Supanida daripada enam pertemuan di pentas antarabangsa.

Sebagai tambahan, Jonatan yang melangkah ke ke peringkat suku akhir akan berhadapan dengan pemain China, Lu Guang Zu sementara Supanida pula akan bertembung dengan pilihan kedua kejohanan dari China, Yeu Han.

Featured Image: BAC 2025

Komen