Norza Zakaria Calon Tunggal Presiden MOM Penggal 2025-2029
Hafiz Omar

Kerusi Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada penggal seterusnya nampaknya kekal menjadi milik pentadbir sukan terkenal tanah air, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria.
Ini selepas Pengerusi Panel Bebas bagi Pemilihan Pemegang Jawatan MOM Penggal 2025-2029, Y.A. Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril merangkap Hakim Mahkamah Rayuan mengumumkan nama Norza muncul sebagai calon tunggal bagi merebut jawatan Presiden MOM.
Turut dikongsikan, Norza yang menjawatan jawatan Presiden MOM sejak tahun 2018 itu menerima 14 pencalonan daripada Ahli Gabungan MOM untuk pemilihan kali ini.
Dalam sidang media yang sama berlangsung di Muzium Sukan & Dewan Kemasyhuran MOM pada hari ini, Firuz memaklumkan Datuk Mohd. Nasir Ali menjadi calon tunggal bagi jawatan Setiausaha Agung dan Dato’ Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin pula calon tunggal bagi jawatan Bendahari.
Ini bermakna Setiausaha Agung pada ketika ini, Datuk Nazifuddin Najib tidak mempertahankan jawatan yang dipegangnya untuk penggal akan datang.
Sementara itu, Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V. Subramaniam pula menjadi calon tunggal bagi jawatan Penolong Bendahari dan Moira Tan Siew See calon tunggal bagi Penolong Setiausaha Agung (Wanita).
Perebutan Pemegang Jawatan MOM kali ini hanya tertumpu kepada jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Penolong Setiausaha Agung (Lelaki) dan senarainya adalah seperti berikut:
Timbalan Presiden
- Datuk Wira Nur Azmi Ahmad
- Datuk Awalan Abdul Aziz
Naib Presiden
- Dato’ Paduka Mumtaz Jaffar
- Mahaguru Dato’ (Dr.) Chong Kim Fatt
- Nurul Huda Abdullah
- Datuk Mohamad Iruan Zulkefli
- Dato’ Mohd Sumali Reduan
- Monteiro Gerard Clair
- YB Azizul Annnuar Adenan
Penolong Setiausaha Agung (Lelaki)
- Ahmad Arif Astaman
- Melvin Chia See Oon
Pemilihan Pemegang Jawatan MOM Penggal 2025-2029 ini dijadualkan berlangsung pada 19hb April (Sabtu) semasa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-44 MOM.
Sebanyak 34 Ahli Gabungan MOM layak mengundi calon masing-masing dengan setiap ahli gabungan dibenarkan menghantar tiga orang wakil bagi membuang undi.
Featured Image: Majlis Olimpik Malaysia