Terbuka Antarabangsa El Gouna: Pemain No.13 Dunia Kekang Sivasangari Ke Suku Akhir
Hafiz Omar

Perjalanan pemain skuasy wanita negara, Sivasangari Subramaniam dalam saingan Terbuka Skuasy Antarabangsa El Gouna 2025 menemui titik noktahnya selepas pusingan kedua sekaligus gagal ke peringkat suku akhir.
Ini selepas pemain berusia 26 tahun kelahiran Kedah itu tewas kepada pemain Mesir yang menduduki ranking ke-13 dunia, Salma Hany pada Ahad.
Dalam pertarungan tersebut, Sivasangari terlebih dahulu meraih kemenangan ke atas Salam pada set pertama dan kedua menerusi skor 11-9 dan 11-4 masing-masing.
Bagaimanapun, Sivasangari kehilangan rentak kemenangannya pada tiga baki set berikutnya menerusi skor 7-11, 2-11 dan 8-11.
Ia merupakan kekalahan kedua Sivasangari di tangan Salma dalam tiga pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.
Untuk makluman, Sivasangari memulakan kempen salah satu Jelajah Skuasy PSA bertaraf Platinum dengan menumpaskan rakan senegara, Aira Azman de dengan bergaya menerusi skor 11-4, 11-5 dan 11-3.
Featured Image: PSA Squash Tour