JDT II Rangkul Kejuaraan Piala MFL 2024-2025
April 14, 2025 Hafizuddin Omar

Skuad pembangunan kendalian Gonzalo Sanz Zaballos iaitu Johor Darul Ta’zim II (JDT II) muncul juara bagi saingan Piala MFL 2024-2025 sekaligus membawa pulang ganjaran wang tunai sebanyak RM500,000.

JDT II mengesahkan kejuaraan edisi kedua dan terakhir liga pembangunan terbabit setelah melakar kemenangan bergaya 7-0 ke atas Penang FC II bimbingan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dalam perlawanan terakhir di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Kemenangan besar itu hasil daripada jaringan hatrik oleh Najmuddin Akmal (15’, 27’, 50‘) selain gol berganda daripada Gabriel Nistelrooy (9’, 66’) dan Romel Morales (22’, 61’) masing-masing.

Hasil daripada mencetak keputusan berkenaan, JDT II menutup kempen Piala MFL musim ini di puncak liga dengan kutipan 53 mata. 

Ianya tidak dapat dipintas lagi oleh pencabar terdekatnya, Selangor FC biarpun turut melakar kemenangan besar 7-0 ke atas Kedah Darul Aman FC B dalam perlawanan terakhir yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Selangor FC muncul naib juara pada musim ini dengan kutipan 52 mata sementara tangga ketigaa diduduki oleh juara bertahan, Terengganu FC II dengan pungutan 44 mata.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

Komen