Ranking PSA: Ranking Ng Eain Yow Tembus Kelompok 10 Terbaik Dunia
Hafiz Omar

Pemain skuasy lelaki kebangsaan, Ng Eain Yow merekodkan kedudukan tertinggi dalam Ranking Dunia PSA apabila menduduki tangga kesepuluh dunia buat julung kalinya dalam kariernya.
Berdasarkan kemaskini terbaharu oleh laman sesawang PSA Squash Tour, Eain Yow, 27 tahun, merekodkan kenaikan satu anak tangga pada minggu ini susulan mengumpul 559 mata.
Kenaikan itu menyaksikan Eain Yow muncul pemain skuasy lelaki pertama yang memasuki kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas Mohd Azlan Iskandar menyertai kelompok itu pada Mac 2011.
Pada masa yang sama, Eain Yow adalah pemain skuasy lelaki negara yang ketiga berada dalam kelompok berkenaan dalam sukan ini selepas Ong Beng Hee dan Azlan Iskandar.
Sementara itu, kedudukan No.1 dunia kekal disandang oleh pemain Mesir, Mostafa Asal diikuti dengan rakan senegaranya, Ali Farag di tangga kedua dunia. Manakala pemain Peru, Diego Elias pula di tangga ketiga.
The first Malaysian man since Mohd Azlan Iskandar in March 2011 to reach the top 10 🇲🇾@EaiNYow out there making history 👊 pic.twitter.com/B0Wh1xB1eA
— PSA Squash Tour (@PSASquashTour) April 21, 2025