Malaysia Airlines Tampil ‘Livery’ Manchester United Di Pesawat A330-300

April 18, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Malaysia Airlines tampil mendedahkan “livery” atau hiasan baharu bertemakan kelab bola sepak terkenal yang berpangkalan di England iaitu Manchester United, pada hari ini.

Ianya tampil dengan gabungan warna kebangsaan Malaysia bersama warna merah ikonik bagi kelab berjulukan The Red Devils berserta frasa “MANCHESTER UNITED” pada bahagian hadapan badan pesawat disamping logo kelab di bahagian kokpit. 

Hiasan itu ditampilkan pada pesawat utama A330-300 sebagai sebahagian daripada kerjasama yang dimetarai antara Malaysia Airlines dan Manchester United bermula Mac tahun lalu selaku Rakan Penerbangan Komersial Rasmi. 

Pengumuman pendedahan “livery” berkenaan dibuat oleh Malaysia Airlines dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) bersempena dengan Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) bermula dari 18hb hingga 20hb April.

Pada masa yang sama, Malaysia Airlines turut membawakan tiga orang legenda Manchester United iaitu Dimitar Berbatov, Nemanja Vidic dan Luis Nani bagi memeriahkan reruai Malaysia Airlines di Pameran MATTA.

Pengunjung yang menunjungi reruai Malaysia Airlines boleh bertemu, berinteraksi dan bergambar kenangan dengan ketiga-tiga pemain legenda itu sepanjang Pameran MATTA. 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd