Al-Ikhsan Lancar Kempen ‘For Everyday Athletes’, Umum Aidil Aziz Sebagai Duta 

April 24, 2025
Lain-Lain

Hafiz Omar

Pengedar barangan sukan terbesar di Malaysia, Al-Ikhsan, tampil melancarkan satu inisiatif yang dinamakan sebagai “For Everyday Athletes” – sebuah kempen berskala nasional yang meraikan rakyat dalam negara ini untuk terus melangkah, berusaha dan mengharungi cabaran harian dengan penuh semangat.

Bukan sekadar slogan, Al-Ikhsan memaklumkan kempen ini merupakan satu seruan untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif, sihat dan seimbang.

Menerusi kempen ini, Al-Ikhsan tampil mengiktiraf mereka memilih untuk bergerak dengan gaya hidup aktif biarpun melalui rentak kehidupan sehari-harian yang pada dan mencabar dengan kesibukan bekerja mahupun rutin harian di rumah. 

Ianya memberi tumpuan kepada individu-individu harian dengan rutin sebenar kehidupan sambil memperkukuh komitmen Al-Ikhsan Sports sebagai jenama yang sentiasa dekat di hati rakyat.

Antara sorotan utama kempen ini termasuk pelancaran Program Keahlian Eksklusif Al-Ikhsan Sports pada Jun 2025, ganjaran aktiviti kecergasan untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan program komuniti untuk menghubungkan rakyat melalui gaya hidup aktif.

Selari dengan usaha itu, Al-Ikhsan Sports yang kini mempunyai 187 cawangan fizikal dan 3 platform digital di seluruh Semenanjung Malaysia turut mengumumkan pelantikan pelakon serta pemain bola sepak liga amatur, Aidil Aziz sebagai duta bagi kempen ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Ikhsan, Datuk Hishammudin Hasan, pemilihan Aidil selaku dutanya atas faktor gaya hidup sihat yang dicerminkan oleh pelakon berusia 37 tahun berkenaan selain personalitinya yang selari dengan kempen dan Al-Ikhsan itu sendiri.

Bersempena dengan pelancaran kempen itu juga, Al-Ikhsan Sports turut mengumumkan pembukaan kedai baharunya di Elmina Lakeside Mall. Tidak seperti kedai-kedainya yang lain, cawangan ini menampilkan konsep kedai baharu Al-Ikhsan Sports yang menawarkan pengalaman membeli yang lebih menarik.

Rekaannya yang lebih moden dan berinspirasi serta menawarkan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa yang lebih menarik. Dimaklumkan, konsep kedai generasi baharu ini akan diimplimentasikan juga di tiga buah cawangan lain di AEON Mall Shah Alam, Ipoh Parade dan Mayang Mall.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd