Piala Sudirman: Justin Pastikan Malaysia Mendahului 2-0

April 29, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Skuad Malaysia berhasil mendahului Australia dengan kedudukan 2-0 selepas perseorangan lelaki negara yang diturunkan pada pertarungan kedua, Justin Hoh melakar kemenangan dengan bergaya.

Justin yang bertembung dengan pemain berusia 17 tahun, Shrey Dhand, melakar kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-9 dan 21-15 dalam masa 36 minit.

Sebagai rekod, ini merupakan pertembungan pertama melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa.

Pada pertarungan pertama tadi, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berhasil menyumbang mata pertama selepas berjaya mengalahkan Ricky Tang dan Gronya Somerville.

Bagi pertarungan ketiga melibatkan perseorangan wanita, Malaysia menurunkan K. Letshanaa untuk berhadapan dengan Bernice Teoh Kai Qi.

Featured Image: BAM 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd