Piala Sudirman: Letshanaa Sahkan Kemaraan Malaysia Ke Suku Akhir

April 29, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Skuad Malaysia berjaya mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Piala Sudirman 2025 selepas perseorangan wanita, Letshanaa Karupathevan mencetak kemenangan ke atas Bernice Teoh Kai Qi.

Letshanaa, 21 tahun, meraih kemenangan secara “straight set” ke atas pemain No.126 dunia itu menerusi skor 21-6 dan 21-8 dalam masa 27 minit sekaligus memberikan mata ketiga buat Malaysia dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan C.

Dua pertarungan sebelumnya, Malaysia berhasil mendahului dengan kedudukan 2-0 selepas gandingan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei serta perseorangan lelaki, Justin Hoh menang ke atas lawan masing-masing.

Kedudukan 3-0 itu sudah memadai untuk meletakkan Malaysia di tangga kedua Kumpulan C. 

Sebagai rekod, Malaysia belum lagi gagal melakar kemaraan ke peringkat suku akhir sejak kejohanan ini menggunakan format baharu bermula edisi pada tahun 2021.

Featured Image: BAM

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd