Piala Sudirman: Malaysia 4-1 Australia
April 29, 2025 Hafizuddin Omar

Malaysia mengakhiri pertembungan dengan Australia pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan C dalam saingan Piala Sudirman 2025 dengan kemenangan 4-1.

Skuad negara terlepas peluang untuk mencetak kemenangan bersih dengan keputusan 5-0 apabila beregu wanita, Go Pei Kee dan Carmen Ting tumpas pertarungan akhir bertemu lawannya, Gronya Somerville dan Angela Yu.

Dalam pertarungan itu, Pei Kee-Carmen tewas dengan keputusan 15-21 diikuti dengan turut tewas pada set dengan menerusi skor 18-21 dalam masa 45 minit.

Terdahulu, Malaysia mengaut empat mata secara berturut-turut apabila gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei; perseorangan lelaki, Justin Hoh; perseorangan wanita, Letshanaa Karupathevan dan beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menang ke atas lawan masing-masing.

Hasilnya, Malaysia juga telah mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir.

Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertembung dengan Jepun untuk menentukan samada mengakhiri saingan peringkat Kumpulan C ini selaku juara atau naib juara kumpulan.

Featured Image: BAM

Komen