UCL: Arsenal Langkah Kiri, Tewas Di Laman Sendiri

April 30, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

LONDON, ENGLAND – APRIL 29: Mikel Arteta, Manager of Arsenal, reacts during the UEFA Champions League 2024/25 Semi Final First Leg match between Arsenal FC and Paris Saint-Germain at Emirates Stadium on April 29, 2025 in London, England. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Arsenal yang berjaya menyingkirkan juara bertahan merangkap kelab gergasi eropah, Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) nampaknya memulakan aksi pertama peringkat separuh akhir dengan langkah kiri.

Ianya susulan Arsenal tewas tipis kepada Paris Saint-Germain (PSG) di lamannya sendiri dalam perlawanan yang berlangsung pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Jaringan tunggal oleh PSG bimbingan Luis Enrique dijelmakan oleh Ousmane Dembele seawal minit keempat permainan setelah menerima hantaran daripada Khvicha Kvaratskhelia.

Selepas daripada itu, PSG ada melakukan beberapa lagi percubaan bahaya yang lain. Mujurlah ianya tidak menerpa ke dalam jaring berikutan terkena tiang selain diselamatkan oleh penjaga gol, David Raya.

Arsenal kendalian Mikel Arteta pula tidak kurang hebatnya melakukan serangan untuk mendapatkan serangan balas namun percubaan mereka berjaya dikekang oleh Gianluigi Donnarumma selain melakukan percubaan yang tidak tepat ke sasaran.

Hasilnya, pendahuluan 1-0 oleh PSG itu kekal sehingga pengadil perlawanan dari Slovenia, Slavko Vincic.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Parc des Princes pada minggu hadapan, 8hb Mei (awal pagi Khamis waktu Malaysia).

Featured Image: Arsenal

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd