Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik Melangkah Ke Separuh Akhir
Hafiz Omar

Pemenang gelaran Olahragawan Kebangsaan 2024, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik nampaknya tiada masalah untuk meneruskan kempennya ke peringkat separuh akhir Terbuka Thailand 2024.
Diletakkan selaku pilihan kedua kejohanan, Aaron-Wooi Yik mara dengan menumpaskan beregu senegara, Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King dengan bergaya secara “straight set” menerusi skor 21-12 dan 21-13 dalam masa 28 minit.
Ini merupakan kemaraan ketiga Aaron-Wooi Yik ke peringkat separuh akhir dalam Jelajah Dunia BWF bagi tahun 2025 selepas mara ke peringkat yang sama di Terbuka India 2025 dan Masters Indonesia 2025.
Pada peringkat separuh akhir kelak, Aaron-Wooi Yik akan membuat perhitungan dengan beregu tuan rumah yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan, Kittinupong Kedren dan Dechapol Puavaranukroh.
Mereka mara selepas menumbangkan beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama dan Moh Reza Pahlevi Isfahani secara “straight set” menerusi skor 21-18 dan 21-13.
Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik dan Kittinupong-Dechapol sudah pernah bertemu sebanyak dua kali sebelum ini dan kedua-duanya berjaya dimenangi oleh Aaron-Wooi Yik.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia