Arsenal Sah Bergelar Naib Juara Liga Premier Kali Ketiga Berturut-Turut

May 19, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Arsenal yang berpangkalan di utara London mengesahkan gelaran naib juara Liga Premier (PL) selepas berhasil menumbangkan pencabar terdekatnya, Newcastle United pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Kelab bimbingan Mikel Arteta mencatatkan kemenangan itu menerusi jaringan tunggal oleh Declan Rice (55’) di lamannya sendiri, Stadium Emirates pada aksi ke-37 liga.

Hasil kemenangan itu, Arsenal akan kekal di tangga kedua liga dengan pungutan 71 mata biarpun tewas aksi terakhir pada hujung minggu ini apabila berkunjung ke Stadium St. Mary’s bertemu Southampton.

Pada masa yang sama, keputusan dan kedudukan itu juga mengesahkan kemaraan Arsenal ke kancah Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim 2025-2026 secara automatik terus ke Peringkat Liga (League Phase).

Sebagai rekod, ini merupakan kali ketiga berturut-turut Arsenal di bawah bimbingan Arteta meraih gelaran naib juara PL sejak pengendali kelahiran Sepanyol itu mengemudi The Gunners pada Disember 2019.

Featured Image: Arsenal

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd