Masters Malaysia: Pei Kee-Mei Xing Singkir Pemenang Olimpik
Hafiz Omar

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2024, Chen Qing Chen yang kini bergandingan bersama Wang Ting Ge terkandas awal di saingan Masters Malaysia 2025.
Ianya gara-gara Qing Chen-Ting Ge gagal mengatasi beregu wanita No.2 negara, Go Pei Kee dan Teoh Mei Xing ketika bertembung di pusingan 32 pada hari ini.
Dalam pertembungan sengit itu, Qing Chen-Ting Ge tewas secara “straight set” di tangan Pei Kee-Mei Xing menerusi skor 19-21 dan 19-21 dalam masa menghampiri satu jam lamanya.
Keputusan pada hari ini menjadikan Pei Kee-Mei Xing mencetak kemenangan kedua berturut-turut ke atas Qing Chen-Ting Ge di pentas antarabangsa selepas meraih kemenangan di Terbuka Jerman pada Februari lalu – pertemuan sulung.
Sementara itu, hasil kemenangan ini, Pei Kee-Mei Xing akan membuat perhitungan dengan bekas gandingan Qing Chen yang turut memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2024, Jia Yi Fan.
Sepertimana Qing Chen, Yi Fan kini membentuk gandingan baharu bersama Zhang Shu Xian sejak Januari lalu.
Sebentar tadi, Yi Fan-Shu Xian menempah tiket ke pusingan 16 berikutan berjaya mengalahkan beregu negara, Carmen Ting dan Ong Xin Yee menerusi tiga set permainan berskor 21-11, 17-21 dan 21-13.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia