Masters Malaysia: Aaron-Khai Xing Kejutkan Naib Juara Terbuka Thailand

May 21, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Juara Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024, Aaron Tai dan Kang Khai Xing mencipta kejutan dengan menunjukkan jalan keluar kepada William Boe dan Christian Kjær – naib juara Terbuka Thailand 2025 – daripada saingan Master Malaysia 2025.

Aaron-Khai Xing yang berusia 18 dan 19 tahun masing-masing itu melakar kejutan ke atas Boe-Kjær dari Denmark itu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 12-21, 21-11 dan 21-17 dalam masa 48 minit. 

Hasil daripada kemenangan itu, Aaron-Khai Xing dapat meneruskan kemaraan ke pusingan 16 bagi Jelajah Dunia BWF Super 500 ini.

Menanti mereka di peringkat berkenaan adalah sepasang lagi beregu Denmark yang berada dalam kelompok 20 terbaik dunia, Rasmus Kjær dan Frederik Søgaard.

Mereka turut diletakkan sebagai pilihan ketujuh kejohanan mara susulan menudukkan beregu Chinese Taipei, Lu Ming-Che dan Tang Kai Wei menerusi skor 21-10 dan 21-14.

Berdasarkan rekod, Aaron-Khai belum pernah bertembung lagi gandingan Rasmus-Frederik di pentas antarabangsa setakat ini.

Untuk makluman, ini merupakan kali kedua berturut-turut Aaron-Khai Xing melangkah ke pusingan 16 bagi pertandingan bertaraf Super 500 selepas mara ke peringkat yang sama di Terbuka Thailand, minggu lalu.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd