Masters Malaysia: Bing Kun-Ee Wei Lolos Ke Pusingan 16

May 21, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Toh Ee Wei yang bergandingan bersama Loo Bing Kun berhasil meloloskan diri ke pusingan 16 Masters Malaysia 2025 selepas menumbangkan pasangan dari Chinese Taipei, Lu Ming Che dan Hung En Tzu.

Bagaimanapun, Bing Kun-Ee Wei terlebih dahulu mengalami kekalahan pada set pertama, 20-22, sebelum bangkit untuk melakar kemenangan dengan memenangi set kedua dan ketiga menerusi skor 21-18 dan 21-15 masing-masing.

Pertarungan sengit itu berlangsung selama satu jam dan tiga minit sebelum Bing Kun-Ee Wei yang berada di ranking 311 dunia muncul sebagai pemenangnya.

Hasil meraih kemenangan itu, Bing Kun dan Ee Wei akan berhadapan pula dengan cabaran daripada sepasang lagi beregu Chinese Taipei, Ye Hong Wei dan Nicole Gonzales Chan yang menduduki ranking 23 dunia.

Untuk makluman, ini menjadi pertandingan terakhir buat gandingan Bing Kun-Ee Wei sebelum Ee Wei kembali bersatu dengan pasangannya sebelum ini, Chen Tang Jie bermula saingan Terbuka Singapura 2025 yang bermula Selasa hadapan.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd