Masters Malaysia: Pearly-Thinaah Bertemu Pilihan Kelima Di Suku Akhir

May 22, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Beregu wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berjaya  menempah tiket ke peringkat suku akhir Masters Malaysia 2025.

Kemaraan itu dilakar hasil menumpaskan pasangan No.85 dunia dari Thailand, Pichamon Phatcharaphisutsini dan Nannapas Sukklad ketika bertembung di pusingan 16, sebentar tadi.

Dalam pertarungan itu, Pearly-Thinaah melakar kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-13 dan 21-15 dalam masa 37 minit.

Peringkat suku akhir kelak, Pearly-Thinaah akan membuat perhitungan pula dengan beregu Indonesia yang diletakkan sebagai pilihan kelima, Febriana Dwipuji Kusuma dan Amallia Cahaya Pratiwi.

Rekod Pearly-Thinaah ke atas beregu tersebut di pentas antarabangsa dilihat sangat baik dengan empat daripada lima pertemuan berpihak kepada Pearly-Thinaah.

Kali terakhir kedua-duanya bertemu adalah di Terbuka Hong Kong 2024 dimana Pearly-Thinaah mencatatkan kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-14 dan 21-13 dalam masa 31 minit.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd