Pengadil Garisan Sudah Bilang Keluar Tetapi Umpire Bilang Masuk – Coach Herry

May 23, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi boleh menerima setiap keputusan melibatkan anak didiknya namun perlawanan itu perlus berlangsung dengan adil.

Itu reaksi oleh Herry atau terkenal dengan julukan Naga Api susulan tersingkirnya gandingan muda negara merangkap juara Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024, Aaron Tai dan Kang Khai Xing pada pusingan 16 di Masters Malaysia 2025, semalam.

Dalam pertarungan itu, Aaron-Khai Xing yang menentang beregu Denmark yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh kejohanan, Rasmus Kjær dan Frederik Søgaard tewas menerusi tiga set permainan berskor 10-21, 24-22 dan 21-16.

Namun kekalahan itu diiringi dengan tiga keputusan yang kontroversi oleh “umpire” dari Switzerland, Peter Meszaros sehingga membuatkan Pierry dan seorang lagi jurulatih beregu negara, Muhammad Miftakh menerpa ke arahnya bagi memprotes keputusan yang dilakukan.

@sukanzcom

“Itu referee saya rasa kurang fair-lah, menang kalah biasa tetapi kita harus fair,” Coach Herry

♬ original sound – Sukanz – Sukanz

“Saya fikir Aaron-Khai Xing main set pertama kurang baiklah, set kedua ketiga cukup baik, cukup bagus tetapi ada ganggulah sebab tiga kali ya, satu out (keluar) dibilang masuk, masuk satu out (keluar) lagi, line judge (pengadil garisan) di belakang sudah bilang out (keluar) tetapi referee (umpire) bilang masuk in,” 

“Itu udah dua kali, tetapi yang ketiga dia bilang ada touch (sentuhan), tetapi tak ada touch (sentuhan), kita sudah tengok rakaman tak ada touch (sentuhan),” katanya ketika ditemui selepas perlawanan terbabit.

Jelas Herry lagi, sekiranya “umpire” tidak melakukan keputusan kontroversi sebegitu, kesudahan perlawanan antara Aaron-Khai Xing dan Frederik Søgaard itu pastinya berbeza lebih-lebih lagi kedua-duanya sedang bertarung sengit pada set ketiga.

Berikutan keputusan kontroversi itu, Herry juga memaklumkan akan memberitahu kepada Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky untuk menghantar bantahan rasmi kepada badan induk yang pengelola kejohanan, Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd