Terbuka Singapura: Soon Huat-Shevon Lolos Mudah Ke Pusingan 16
Hafiz Omar

Pilihan pertama kejohanan dalam sektor beregu campuran, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai nampaknya berhasil meloloskan diri dengan mudah ke pusingan 16 di Terbuka Singapura 2025.
Mereka yang juga pasangan suami isteri menduduki ranking kelima dunia mara dengan menyingkirkan wakil Ukraine, Oleksii Titov dan Yevheniia Kantemyr secara “straight set” menerusi skor 21-11 dan 21-8 dalam masa 21 minit.
Bagaimanapun, lawan Soon Huat-Shevon pada pusingan seterusnya belum dapat disahkan lagi buat masa ini.
Mereka akan menantikan cabaran samada daripada beregu China yang berada di ranking 62 dunia, Feng Yan Zhe dan Wei Ya Xin atau beregu Denmark yang menduduki kelompok 20 terbaik dunia, Mad Vestergaard dan Christine Busch.
Kedua-duanya dijualkan bertempur untuk merebut tiket ke pusingan 16 bagi Jelajah Dunia BWF Super 750 ini pada pagi Khamis.
Sebagai rekod, kempen Soon Huat-Shevon di Terbuka Singapura 2024 berakhir pada pusingan 16 berikutan tewas di tangan beregu handalan dari China, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong.
Featured Image: VICTOR