Terbuka Singapura: Rasmus-Frederik Mangsa Aaron-Wooi Yik 2 Minggu Berturut-Turut

May 28, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Beregu No.2 Denmark, Rasmus Kjær dan Frederik Søgaard tumpas sekali lagi di tangan pasangan negara yang sedang dalam prestasi terbaiknya, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Selepas tewas ketika berentap di peringkat suku akhir Masters Malaysia 2025 pada minggu lalu, Rasmus-Frederik sekali lagi tewas di tangan Aaron-Wooi Yik ketika bertarung pada pusingan 32 di Terbuka Singapura 2025, pada hari ini.

Dalam perlawanan itu, Aaron-Wooi Yik yang muncul naib juara Masters Malaysia 2025 pada Ahad lalu melakar kemenangan bergaya secara “straight set” ke atas gandingan menerusi skor 21-19 dan 24-22.

Secara keseluruhannya, Aaron-Wooi Yik kini merekodkan tiga kemenangan daripada empat pertemuan ke atas Rasmus-Frederik di pentas antarabangsa setakat ini.

Hasil meraih kemenangan ini, Aaron-Wooi Yik menempah tiket kemaraan ke peringkat suku akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 750.

Menantinya di situ adalah samada beregu beregu senegara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi atau juara Kejohanan Dunia BWF 2021 dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd