Terbuka Singapura: Pearly-Thinaah Ke Suku Akhir, Singkir Beregu No.3 Jepun

May 29, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil menyingkirkan beregu wanita No.3 Jepun, Yuki Fukushima dan Mayu Matsumoto sekaligus menepati jangkaan untuk melangkah ke peringkat suku akhir Terbuka Singapura 2025. 

Bertembung di Gelanggang 1 bertempat di Stadium Tertutup Singapura, Pearly-Thinaah mara setelah bertarung sengit pada set pertama sebelum memenanginya dengan skor 25-23 diikuti dengan skor 21-18 pada set kedua.

Pertemuan keempat di pentas antarabangsa melibatkan kedua-dua pasangan itu berlangsung selama 46 minit. Keputusan itu menyaksikan Pearly-Thinaah kini mendahului rekod pertemuan ke atas gandingan pemain berusia 32 dan 29 tahun masing-masing itu dengan tiga kemenangan daripada empat pertarungan.

Semenatara itu, lawan bagi Pearly-Thinaah pada peringkat suku akhir belum diputuskan lagi setakat ini. Akan tetapi, mereka akan berentap menentang samada beregu India yang diletakkan sebagai pilihan kelapan kejohanan, Treesa Jolly dan Gyatri Gopichand Pullela atau beregu China, Jia Yi Fan dan Zhang Shu Xian.

Sebagai rekod, ini merupakan kemaraan Pearly-Thinaah terjauh dalam saingan Terbuka Singapura berikutan kandas di pusingan 32 dalam edisi tahun 2023 dan 2024 masing-masing.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd