Terbuka Indonesia: Wei Chong-Kai Wun Berdesup Ke Pusingan 16
Hafiz Omar

Juara Masters Malaysia 2025, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun nampaknya tiada masalah untuk melayakkan diri ke pusingan 16 dalam siangan yang disertainya minggu ini, Terbuka Indonesia 2025 – Jelajah Dunia BWF Super 1000.
Lebih bergaya, pasangan yang menghuni tangga ketujuh dunia itu hanya memerlukan masa 21 minit sahaja untuk menumpaskan lawannya dari Amerika Syarikat di pusingan 32, Chen Zi Yi dan Presley Smith, sebentar tadi.
Wei Chong-Kai Wun turut mencetak kemenangan itu secara “straight set” menerusi skor 21-6 pada set pertama diikuti dengan 21-11 pada set kedua.
Sementara itu, lawan buat Wei Chong-Kai Wun pada pusingan 16 belum dimuktamadkan lagi.
Bagaimanapun, pasangan yang diletakkan selaku pilihan ketujuh kejohanan ini akan menantikan cabaran samada daripada gandingan senegara, Arif Junaidi dan Yap Roy King, ranking 23 dunia, atau beregu Perancis, Eloi Adam dan Leo Rossi.
Berdasarkan rekod, Wei Chong-Kai Wun sudah pernah berentap menentang Arif-Roy King sebanyak tiga kali di kejohanan antarabangsa setakat ini.
Manakala tiada sebarang pertemuan pernah dicatatkan dengan beregu Perancis yang menduduki ranking 45 dunia berkenaan.
Sebagai rekod, ketika beraksi di Terbuka Indonesia pada tahun lalu, Wei Chong-Kai Wun menampilkan prestasi yang cukup mengagumkan dengan menumbangkan pilihan pertama kejohanan, Kang Min Hyuk dan Seo Seung Jae pada pusingan 32 diikuti mara ke pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir.
Akan tetapi, Wei Chong-Kai Wun terlepas gelaran juara susulan tewas menerusi tiga set permainan menerusi skor 21-19, 16-21 dan 12-21 di tangan beregu China, Liang Wei Keng dan Wang Chang.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia