Ranking BWF: Sze Fei-Izzuddin, Aaron-Wooi Yik Cipta Sejarah Huni Posisi No.1 & No.2 Dunia

June 10, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Arena badminton tanah air menyaksikan satu penempaan sejarah baharu pada hari apabila dua beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin serta Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengungguli Ranking Dunia pada hari ini.

Perkembangan itu hadir selepas kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memperlihatkan Sze Fei-Izzuddin kekal di tangga pertama dunia sementara gandingan Aaron-Wooi Yi naik satu anak tangga dan menduduki tangga kedua dunia.

Sze Fei-Izzuddin yang menduduki tangga pertama dunia bermula sekitar penghujung Mei baru-baru ini kekal di situ dengan pungutan 91,090 mata bagi minggu ini. Ianya diikuti dengan Aaron-Wooi Yik yang kini mengumpul 89,870 mata di tangga kedua.

Perkara ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, dimana beliau dipetik berkata, “ini adalah bukti bahawa sukan kesayangan kita ini sedang mengorak langkah yang tepat dan terus kekal konsisten menunjukkan prestasi di peringkat tertinggi.”

“Sze Fei-Izzuddin & Aaron-Wooi Yik juga telah memberikan keyakinan bahawa kita semakin menghampiri pingat emas Sukan Olimpik pertama Malaysia.”

“Tahniah kepada gandingan yang melakarkan sejarah ini, anda telah membanggakan kami.” kongsinya menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya.

Sementara itu, beregu lelaki No.3 negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang mara sehingga peringkat separuh akhir Terbuka Indonesia 2025 kekal tidak berganjak di tangga ketujuh dunia.

Featured Image: Facebook VICTOR

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd