Kelayakan Piala Asia: Skuad ‘Revolusi’ Harimau Malaya Benam Vietnam
Hafiz Omar

Skuad bola sepak kebangsaan berjulukan Harimau yang berwajah baharu berjaya melakar kemenangan buat julung kalinya ke atas Vietnam selepas hampir 10 tahun dalam aksi kedua Kumpulan F bagi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2027.
Dibarisi dengan beberapa pemain luar negara yang mempunyai darah keturunan Malaysia, skuad bimbingan Peter Cklamovski yang dibarisi beberapa pemain luar negara yang berketurunan Malaysia itu berhasil meraih kemenangan dengan keputusan 4-0.
Kesemua jaringan itu hadir pada babak kedua permainan. Jaringan pembukaan hadir menerusi penyerang yang beraksi dalam kancah Liga Tukrki iaitu Joao Figueiredo pada minit ke-49 diikuti oleh seorang lagi penyerang yang bermain di Colombia, Rodrigo Holgado selang 10 minit kemudian.
Tidak cukup dengan dua jaringan terbabit, Harimau Malaya menambah lagi jaringan menerusi bek kiri, Corbin-Ong pada minit ke-67 selepas menerima hantaran cantik di dalam kotak penalti oleh Arif Aiman.
Di penghujung permainan, pertahanan berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools menambah kedukaan Vietnam dengan menanduk masuk bola daripada sepakan penjuru ke dalam gawang melepasi Nguyen Filip pada minit ke-89.
Perlawanan yang dihadiri seramai 61,512 penonton ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil turut menyaksikan kelima-lima pemain luar negara berketurunan Malaysia yang baharu iaitu Figueiredo, Holgado, Facundo Garces, Jon Irazabal dan Imanol Machuha meraih debut bersama Harimau Malaya.
Hasil daripada kemenangan ini, Malaysia berhasil mendahului Kumpulan F dengan enam mata. Sementara itu Vietnam di tangga kedua diikuti dengan Loas dan Nepal di tangga ketiga dan keempat masing-masing.
Featured Image: Malaysia NT