Malaysia Jejak Tangga 126 Dunia, Vietnam Jatuh 4 Anak Tangga

June 11, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kejayaan Malaysia mencatatkan kemenangan bergaya ke atas Vietnam dalam aksi kedua peringkat Kumpulan F bagi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027 melonjakkan kedudukan skuad berjulukan Harimau Malaya.

Menerusi kiraan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Footy Rankings, kemenangan oleh anak-anak buah Peter Cklamovski itu memberikan Harimau Malaya pertambahan 13.99 mata – mencetuskan kenaikan sebanyak empat anak tangga.

Hasilnya, Malaysia yang kini di kedudukan 131 dunia secara tidak rasminya menghuni tangga 126 dunia – kembali dalam kelompok 120-an selepas 19 tahun.

Sementara itu, pasukan pelawat bimbingan Kim Sang-sik dari Republik Korea pula agak terkesan dengan kekalahan itu – hilang 13.99 mata – sekaligus membuatkan mereka jatuh ke tangga 113 dunia berbanding kedudukan semasa, 109 dunia.

Untuk makluman, kemaskini rasmi oleh FIFA yang berikutnya dijadualkan pada 10hb Julai (Khamis).

Featured Image: Malaysia NT

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd