Potrero FT Menang Kejohanan 3×3, Bolot Tiket Saksikan Bayern Munich Di Allianz Arena

June 17, 2025
Futsal

Hafiz Omar

Kejuaraan Kejohanan Legendary Together 3×3 anjuran Tiger Balm menjadi milik Potrero FT selepas berjaya menumpaskan FBK Empire Villa dengan bergaya 3-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di MyTOWN Shopping Centre KL pada Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membolot hadiah berupa perjalanan selama lima hari dan tiga malam untuk menyaksikan gergasi bola sepak Jerman iaitu FC Bayern Munich beraksi secara langsung dalam Bundesliga 2025-2026 di Allianz Arena, Munich.

Terdahulu, Potrero FT melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Rebels FT (2-1), Galacticos (4-1), Roteiro FT (2-0) dan Jboyz pada peringkat separuh akhir, suku akhir, pusingan 16 dan pusingan 32 masing-masing. 

Sementara itu, FBK Empire Villa yang muncul naib juara serta SSS FT yang meraih tempat ketiga mendapat ganjaran berupa Kad Hadia Malaysia Airlines bernilai RM500 bagi setiap orang (terhad kepada 3 orang sahaja) masing-masing.  

Untuk makluman, kejohanan yang berlangsung dari 11hb hingga 15hb Jun itu dianjurkan oleh Tiger Balm, jenama ubat sapu untuk melegakan sakit otot dan sendi.

Jenama yang berusia lebih 100 tahun itu merupakan Rakan Serantau Rasmi Asia Tenggara dan China bagi FC Bayern Munich.

Selain menawarkan peluang kepada peserta untuk terbang ke Jerman menyaksikan FC Bayern Munich, kejohanan ini juga menjadi platform untuk para peminat bola sepak menonjolkan bakat, menyemarakkan semangat kesukanan dan menggalakkan gaya hidup sihat serta aktif.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd