Liga 7×7: Giggs, Berbatov, Terry & Safee Berentap Di Cheras Pada 19 Julai 

June 20, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Peminat bola sepak yang ingin menyaksikan kehebatan bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Ryan Giggs, Dimitar Berbatov dan John Terry serta bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali boleh menerjah ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 19hb Julai.

Ini kerana keempat-empat pemain terbabit bakal mengetuai pasukan masing-masing iaitu Team Wizards, Team Team Zurich, Team Bangsa Bola dan Team Harimau beraksi dalam sebuah festival bola sepak, Zurich Liga 7×7 All Stars 2025.

Antara yang turut serta dalam kejohanan ini ialah Khairy Jamaluddin, Alif Satar, Adam Sinclair, Achey Bocey, Adam Carruthers, Indra Putra, Norshahrul Idlan, Mahali Jasuli, Razman Roslan, Khyril Muhymen, Sean Selvaraj dan ramai lagi.  

Ianya merupakan sebuah kejohanan bola sepak tujuh sebelah yang turut disertakan dengan persembahan muzik secara langsung selain disajikan dengan pelbagai aktiviti untuk komuniti bagi mencipta pengalaman yang istimewa buat para pengunjung.

Antara aktiviti yang bakal diketengahkan adalah larian komuniti pada waktu pagi diketuai oleh Challo Sports Club dan Wondermiles diikuti dengan pelbagai aktiviti kecergasan lain. Sementara itu, Friends of Markas x Pasar Seloka pula akan menguasai Zon Festival menampilkan makanan artisanal, muzik, pelancaran barangan eksklusif serta persembahan secara langsung.

Bagi yang berminat untuk menyaksikan perlawanan tersebut, anda boleh mendapatkan tiket di laman sesawang ligax.com.my bermula daripada RM118.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd