Selangor FC Sambar Kapten Muangthong United – Picha Autra

June 23, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC kini mempunyai pilihan pemain yang baharu di bahagian tengah apabila berhasil menyambar khidmat kapten Muangthong United FC iaitu Picha Autra.

Pemain tengah berusia 29 yang turut merupakan ahli skuad kebangsaan Thailand itu diumumkan menjadi pemain baharu skuad berjulukan Gergasi Merah pada Ahad – khusus untuk menghadapi saingan Liga Malaysia, Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dan Kejohanan Kelab ASEAN bagi musim 2025-2026.

Picha menyertai Selangor FC selepas lima tahun bersama Muangthong United FC dengan merekodkan 159 penampilan secara keseluruhan – berdasarkan rekod daripada Transfermarkt.

โ€œSaya memilih untuk bersama Selangor FC kerana ini akan menjadi satu cabaran peribadi dan peluang yang sangat berharga bagi saya. Selain itu, memberi saya peluang untuk menimba pengalaman antarabangsa dan keluar dari zon selesa. Dalam masa yang sama, bagi saya kelab ini sangat profesional dan bertaraf tinggi, saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Gergasi Merah.โ€ katanya.

โ€œSaya ingin cepat sesuaikan diri bersama pasukan dan memahami budaya di sini, serta membina hubungan yang baik bersama barisan jurulatih, pegawai dan rakan sepasukan. Saya berharap dengan pengalaman dalam menghadapi tekanan serta membimbing raman sepasukan  membantu saya untuk bersedia menghadapi cabaran di sini dengan baik.” tambahnya.

Sebagai rekod, Picha yang juga merupakan produk akademi Muangthong United FC memulakan karier seniornya Nakhon Nayok. Selepas itu, Picha berpindah ke Pattaya United FC sebelum dijenamakan kepada Samut Prakan City FC – dimana namanya mula mendapat perhatian ramai.

Sementara itu, bersama skuad kebangsaan pula, Picha merupakan pemegang medal emas bagi Piala AFF 2020 serta pemenang pingat emas dalam acara bola sepak lelaki dari temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Kemasukan Picha ini membolehkan ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengadunkan resipi terbaik di bahagian tengah selain Nooa Laine dan Noor Al-Rawabdeh.

โ€œDengan sikap profesional dan gaya permainan yang dinamik di bahagian tengah yang dipertontonkan selama ini, beliau mencerminkan semangat tidak mudah mengalah yang Selangor FC sering tekankan.โ€

โ€œSaya berharap dengan adanya Picha, kita akan terus bersama-sama, sebagai sebuah pasukan untuk berikan yang terbaik demi mengejar sasaran pasukan.โ€ ujar Kinoshi.

Featured Image: Muangthong United FC

ยฉ 2025 Amanz Media Sdn Bhd