Sabah FC Bawa Pulang Penyerang Malaysia Kelahiran Scotland

June 23, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC menjadi destinasi terbaharu dalam dijejaki oleh Fergus Tierney, penyerang Malaysia kelahiran Scotland, dalam karier bola sepak profesionalnya.

Pemain berusia 22 tahun berkenaan menjadi rekrut baharu Sabah FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2024-2025 yang akan membuka tirainya Ogos nanti.

Penyertaan Tierney bersama skuad berjulukan Sang Badak itu hadir selepas semusim berkelana di dalam kancah bola sepak jiran tetangga iaitu Thailand dengan menyertai Choburi FC (divisyen kedua) dan Nakhon Pathom United FC (divisyen satu) secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ketika bersama Chonburi FC, biarpun sekadar beraksi selama separuh musim sahaja, Tierney sempat membantu kelab berkenaan berada di landasan yang tepat untuk muncul juara divisyen kedua.

Sementara itu, ketika bersama Nakhon Pathom United FC, Tierney berhasil meraih 13 penampilan selain menyumbat tiga gol dalam kancah tertinggi bola sepak di bumi Gajah Putih tersebut.

Untuk makluman, Tierney merupakan pemain tempatan ketiga yang baharu diikat oleh Sabah FC selepas Badrul Affendy dan Maxsius Musa. Pada masa yang sama, mereka juga telah membawa masuk empat pemain import baharu iaitu Ajdin Mujagic (Bosnia Herzegovina), Dean Pelekanos (Australia) dan Dane Ingham (New Zealand).

Featured Image: Nakhon Pathom United FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd