Penjaring Terbanyak Liga Super 2021 Peledak Baharu KDN FC?

June 24, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Adakah penyerang yang menjaringkan 26 gol dalam kempen Liga Super 2021, Ifedayo Olusegun bakal menjadi peledak bagi Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) bagi musim 2025-2026?

Penyerang berusia 34 tahun kelahiran Nigeria yang memiliki pasport Bahrain terbabit dikaitkan dengan kelab berpangkalan di pantai timur itu berikutan pendedahan oleh bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun Facebook peribadinya.

Selain bekas penyerang bagi lima buah kelab Liga Super itu, Annuar turut memberikan bayangan mengenai beberapa pemain import lain lagi yang akan ditandatangani oleh KDN FC. 

“Penjaring prolifik Liga Malaysia, Ifedayo antara yang dikenalpasti mengepalai barisan serangan pasukan ‘The Real Warriors’,” tulisnya.

“Beliau (Ifedayo) bakal di bantu penyerang kebangsaan Myanmar dan seorang penyerang kedua skuad ASEAN menentang Manchester United baru-baru ini,” 

“Ifedayo bakal berganding dengan penyerang muda Sierra Leone,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDN FC, Dato’ Mohd Irwan Rizal turut mengesahkan telah memberikan tawaran kepada Ifedayo serta jurulatih, E. Elavarasan dan Muamer Salibasic – menurut laporan media tempatan. 

Sebelum ini, Annuar menasihatkan KDN FC untuk membariskan sekurang-kurangnya sepuluh pemain import bagi menguatkan untuk mengharungi Liga Malaysia 2025-2026.

Featured Image: PDRM Football Club

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd