Terbuka Jepun: Xin Yee-Carmen Ditunjukkan Jalan Keluar
Hafiz Omar

Beregu wanita No.3 negara, Ong Xin Yee dan Carmen Ting terpaksa akur tersingkir daripada saingan Terbuka Jepun 2025 seawal pusingan 32 susulan tewas di tangan wakil tuan rumah.
Xin Yee-Carmen yang berusia 18 dan 19 tahun masing-masing mengalami kekalahan di tangan Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 8-21 dan 8-21 dalam masa hampir satu jam.
Ini merupakan kekalahan kedua dialami Xin Yee-Carmen bertemu lawan yang sama, penghuni tangga keenam dunia, selepas tewas pada pertemuan sulung di Terbuka Indonesia 2025 pada awal Jun lalu.
Pada masa yang sama, kekalahan pada hari menjadikan Xin Yee-Carmen gagal untuk melangkah buat julung kalinya ke peringkat suku dalam mana-mana kejohanan Jelajah Dunia BWF bagi tahun ni.
Sementara itu, Iwanaga-Nakanishi yang mencetak kemenangan dapat meneruskan kempennya ke peringkat pusingan 16.
Menantinya di situ adalah samada wakil China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dan gandingan Chinese Taipei, Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia