
Dua nasib yang berbeza menimpa beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei serta Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin ketika memulakan kempen Terbuka China 2025, pada hari ini.
Tang Jie-Ee Wei yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan berjaya mencatatkan kemenangan sekaligus melangkah ke pusingan 16 bagi Jelajah Dunia BWF Super 1000 berkenaan.
Tang Jie-Ee Wei, semi-finalis bagi Terbuka Jepun 2025 pada minggu lalu, mencipta langkah terbabit susulan mengetepikan cabaran daripada beregu Amerika Syarikat, Presley Smith dan Jennie Gai.
Dalam pertarungan tersebut, berlangsung di Pusat Gimnasium Sukan Olimpik, Tang Jie-Ee Wei merekodkan kemenangan bergaya secara “straight set” menerusi skor 22-20 dan 21-12 dalam masa 35 minit.
Manakala, Pang Ron-Su Yin terpaksa akur gagal melangkah ke pusingan berikutnya untuk bertemu Tang Jie-Ee Wei susulan tewas aksi di pusingan 32 kepada beregu tuan rumah, Gao Jia Xuan dan Wu Meng Ying.
Pertarungan itu menyaksikan Pang Ron-Su Yin, ranking ke-13 dunia, tewas secara “straight set” di tangan Jia Xuan-Meng Ying, ranking ke-44 dunia, secara ‘straight set” menerusi skor 15-21 dan 16-21 dalam masa 29 minit.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023