Toyota Hiasi Hadapan Jersi Alternatif JDT Musim 2025-2026

July 23, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil melancarkan jersi alternatif baharu untuk digunakan sepanjang saingan bola sepak tempatan dan antarabangsa bagi musim 2025-2026.

Rekaan dan corak baharu baharu jersi terbabit didedahkan kepada umum menerusi satu video berdurasi 54 saat yang dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

Masih kekal dikeluarkan oleh jenama sukan dari Amerika Syarikat, Nike, persalinan jersi alternatif itu hadir dalam gabungan warna biru muda, “turqoise” dan putih. Perubahan paling ketara dapat dilihat pada ruangan hadapan yang menyertakan logo penaja baharu, Toyota menggantikan $JDT FAN TOKEN.

Logo Toyota dipaparkan selepas JDT mengumumkan kerjasama strategiknya bersama UMW Toyota Malaysia sebagai Rakan Mobiliti Rasmi Kelab pada Selasa.

Kerjasama itu menyaksikan jenama Toyota dipaparkan dengan megah pada jersinya sepanjang musim 2025-2026 – dijangka turut melibatkan jersi utamanya.

Melihat dengan lebih terperinci menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh pihak kelab, belakang jersi pada bahagian atas, tertera peta Negeri Johor dengan warna bendera Negeri Johor.

Sementara di bawahnya, terdapat slogan “Move Your World” yang merupakan slogan daripada Toyota.

Dimaklumkan, jersi akan dijual secara fizikal di JDT Direct Store dan kedai atas taliannya bermula 27hb Julai kelak.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd