Ranking BWF: Pearly-Thinaah Jejak Tangga No.2 Dunia
Hafiz Omar

Gandingan Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan melakar satu lagi pencapaian dalam kariernya apabila dinobatkan sebagai beregu wanita No.2 dunia secara rasmi, bermula hari ini.
Biarpun menamatkan kejohanan Terbuka China 2025 di peringkat separuh akhir pada minggu lalu, ianya sudah memadainya melonjakkan kedudukannya di tangga kedua dunia hasil mengumpul 89,416 mata – berdasarkan kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Berikutan itu juga, Pearly -Thinaah mencipta sejarah selaku beregu wanita Malaysia yang pertama menjejakkan kaki di tangga kedua dunia selepas Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty pada tahun 2009.
Kemaskini yang sama pada hari ini turut menyaksikan beregu No.2 negara, Go Pei Kee dan Teoh Mei Xing merekodkan peningkat dua anak tangga hasil meraih ke peringkat suku akhir Terbuka China 2025.
Manakala beregu No.3 negara, Ong Xin Yee dan Carmen Ting mencatatkan kenaikan lima anak tangga dan menghuni tangga ke-33 dunia selepas beraksi dalam tiga kejohanan besar iaitu Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun dan Terbuka China.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia