Ranking BWF: Juara Terbuka Macau 2025 Naik 2 Anak Tangga
Hafiz Omar

Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King yang menjuarai saingan Terbuka Macau 2025 merekodkan peningkatan dua anak tangga dalam Ranking Dunia pada minggu ini.
Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi menyaksikan Arif-Junaidi kini berada di tangga ke-22. Peningkatan itu tercetus hasil pertambahan 7,000 mata susulan bergelar juara pada Ahad baru-baru ini.
Kejuaraan itu menjelma selepas mengalah wakil Indonesia, Sabar Karyaman Gutama dan Mohd Reza Pahlevi Isfahani secara “straight set” menerusi skor 22-20 dan 21-18 dalam masa satu jam dan 20 minit.
Setakat ini, Arif-Junaidi mengumpul 48,860 mata hasil daripada campuran 10 mata tertinggi daripada 10 kejohanan terbaik yang disertainya dalam tempoh 52 minggu lalu.
Kemaskini yang sama menyaksikan bekas beregu lelaki No.1 dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mencatatkan kenaikan satu anak tangga sekaligus kembali ke kedudukan ketiga dunia.
Manakala kedudukan beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta beregu No.3 negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun kekal di tangga kedua dan ketujuh dunia masing-masing.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia