Cincin Pintar RingConn Gen 2 & Gen 2 Air Mula Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM999
Hafiz Omar

Cincin pintar RingConn Gen 2 dan Gen 2 Air kini boleh didapati di pasaran Malaysia dengan tanda harga RM1,399 dan RM999 masing-masing apabila pengedar rasminya, AECO Technologies tampil melancarkan model baharu berkenaan, pada hari ini.
Varian Gen 2 diperkenalkan sebagai cincin pintar ultra nipis pertama yang dilengkapi dengan pemantauan apnea tidur. Ia turut disertakan ciri-ciri seperti pemantauan kadar degupan jantung, SpO2, indeks tekanan, pemantauan pelbagai aktiviti harian serta program kesihatan kecerdasan buatan (AI).
Setiap cas penuh, baterinya mampu bertahan sehingga 12 hari dan kesemua ciri-ciri pemantauan yang ditawarkan oleh cincin ini boleh digunakan secara percuma tanpa sebarang yuran langganan tambahan.

Cincin ini dibuat daripada titanium, ringan, kuat dan tahan kakis, dengan berat hanya 2 gram (bergantung kepada saiz cincin yang dipilih), lebar 6.8 milimeter dan ketebalan 2 milimeter. Empat pilihan warna ditawarkan iaitu future silver, matte black, royal gold dan rose gold.
Sementara itu, satu lagi varian, Gen 2 Air pula menawarkan ciri-ciri pemantaua yang hampir sama seperti Gen 2 namun kecuali tidak disertakan dengan pemantauan apnea tidur, dibuat daripada keluli premium tahan karat, ketahanan bateri sehingga 10 jam dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu galaxy silver dan dune gold sahaja.
Bagi yang berminat, kedua-dua variasi cincin pintar oleh RingConn ini bole dibeli secara fizikal di Aeco Technologies (HQ), Thunder Match, All IT, HL Great Time, Goldblitz, C-Zone dan Sprint Cass.
Manakala pembelian atas talian pula boleh dilakukan di laman sesawang Aeco serta platform e-dagang; Shopee, Lazada dan TikTok.


