Sabah FC Lantik Jean-Paul Marigny Sebagai Ketua Jurulatih
Hafiz Omar

Teka-teki mengenai individu yang akan mengemudi Sabah FC dalam kancah Liga Malaysia 2025-2026 terjawab apabila skuad berjulukan The Rhinos itu memperkenalkan Jean-Paul de Marigny selaku ketua jurulatihnya yang baharu.
Satu poster mengucapkan selamat datang buat Jean-Paul de Marigny, 61 tahun dari Australia berserta kenyataan rasmi dwibahasa dikongsikan Sabah FC menerusi pelbagai platform media sosialnya, sebentar tadi.
Jean-Paul yang lahir di Mauritius dan turut mempunyai pasport Perancis mempunyai pengalaman sebagai jurulatih dengan beberapa kelab ternama di Australia seperti Melbourne Victory, Newcastle Jets dan Sydney Wanderers.
Selain itu, Jean-Paul pernah terlibat dengan pelbagai skuad kebangsaan Australia pelbagai peringkat umur termasuk penolong jurulatih skuad Australia Bawah 17 Tahun (B-17) yang dipimpin oleh Brad Maloney – bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23).
Untuk makluman, Jean-Paul hadir bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Ong Kim Swee selepas Sabah FC menggunakan khidmat Alto Linus secara sementara dan Martin Stano buat seketika waktu sehingga berakhirnya musim lalu.
Featured Image: Melbourne Victory