ACL2: Selangor FC Jumpa Kelab Bimbingan Bojan Hodak, Gergasi Singapura
Hafiz Omar

Selangor FC yang menjadi wakil tunggal negara dalam kancah Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) nampaknya mengelak daripada bertemu kelab dari Jepun, Republik Korea, China mahupun Australia pada peringkat kumpulan.
Bagaimanapun, naib juara Liga Super itu terpaksa berhadapan dengan kelab handalan dari rantau asia tenggara apabila hasil undian bagi saingan itu meletakkan mereka dalam Kumpulan G.
Antara yang diundi bersama-sama skuad Gergasi Merah itu adalah naib juara Liga 1 Thai, Bangkok United; naib juara ACL2 musim lalu merangkap gergasi bola sepak Singapura, Lion City Sailors serta kelab bimbingan Bojan Hodak, Persib Bandung.
Untuk makluman semua, Selangor FC akan memulakan kempen ACL2 peringkat kumpulan sekitar pertengahan September kelak sebelum ianya berakhir sekitar minggu pertama Disember 2025.
Sepertimana edisi lalu, juara dan naib juara bagi setiap kumpulan akan layak ke pusingan 16.
Pada musim lalu, Selangor FC gagal melangkah ke peringkat kalah mati selepas menamatkan aksi Kumpulan H yang terdiri daripada Jeonbuk Hyundai Motors FC, Muangthong United FC serta Dynamic Herb Cebu FC di tangga ketiga.
Featured Image: Selangor FC