Ranking BWF: Juara Cabaran Antarabangsa Malaysia Daki 6 Anak Tangga

August 19, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan badminton lelaki negara, Eogene Ewe yang merangkul kejuaraan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2025 berhasil merekodkan peningkatan sebanyak enam anak tangga dalam Ranking Dunia setelah dikemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini.

Eogene, 20 tahun, muncul juara setelah menumbangkan rakan senegara yang bergerak secara bebas (independent), Lee Jan Jireh menerusi skor 8-15, 15-7 dan 15-13 dalam masa 48 minit.

Kejuaraan itu membolehkannya memungut 4,000 mata sekaligus mengumpul 21,620 mata dan meletakkannya di tangga ke-74 dunia bagi minggu ini. 

Sebagai rekod, ini merupakan kejuaraan kedua dirangkul oleh Eogene pada tahun ini muncul juara Terbuka Slovenia 2025 sekitar pertengahan Mei lalu.    

Sementara itu, tiada perubahan dikesan melibatkan pemain atau beregu utama seperti Leong Jun Hao, Justin Hoh, Letshanaa Karupathevan, Goh Jin Wei, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dimana kesemuanya kekal di kedudukan yang sama seperti minggu lalu. 

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd