Terengganu FC Anjur Program Cabutan Bertuah – Hadiah Utama Perodua Bezza 1.3

August 20, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC mengumumkan melancarkan satu kempen buat para peminat dan penyokong iaitu Cabutan Bertuah Mega TFC 2025 bermula dari 19hb Ogos hingga 25hb Disember 2025.

Cabutan bertuah itu menawarkan sebuah kereta Perodua Bezza 1.3 sebagai hadiah utama. Bukan itu sahaja, kempen itu turut menyediakan hadiah-hadiah lain seperti sebuah motosikal Yamaha NVX 155, dua pakej umrah bernilai RM4,970 setiap satu, sebuah televisyen 55 inci, sepuluh baucer diskau umrah bernilai RM 500 serta 50 barang elektrik berjenama.

Untuk menyertainya, peminat dan penyokong perlu membuat pembelian TFC Fan Shirt “Loyalty Never Fades” dengan harga promosi serendah RM59 samada secara fizikal atau atas talian di TFC Direct dan setiap pembelian akan menerima kupon cabutan.

Pihak kelab memaklumkan, peminat dan penyokong bebas untuk membeli seberapa banyak baju dan menghantar kupon cabutan.

Sesi cabutan bertuah akan dilangsungkan secara berperingkat mengikut bulan oleh Terengganu FC secara LIVE.

Terengganu FC bimbingan Badrul Afzan menjadi kelab Liga Super terbaru mengumumkan penganjuran sesi cabutan bertuah buat peminat dan penyokongnya selepas Negeri Sembilan FC mengumumkan program yang sama pada rehat separuh masa setiap perlawanan liga musim ini. 

Featured Image: Terengganu FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd