Patrick Kluivert Panggil Penyerang DPMM FC Menjelang Aksi Bertemu Kuwait & Lubnan
Hafiz Omar

Penyerang baharu DPMM FC, Ramadhan Sananta yang menyumbat gol ketika bertemu PDRM FC nampaknya dipanggil oleh ketua jurulatih, Patrick Kluivert untuk menyertai skuad kebangsaan Indonesia.
Nama pemain berusia 22 tahun itu tersenarai bersama-sama lima lagi penyerang lain seperti Stefano Lilipaly, Egy Maulana (Dewa United), Yakob Sayuri (Malut United), Ratnar Oratmangoen (FCV Dender EH) dan Beckham Putra (Persib Bandung).
Secara keseluruhan, Kluivert menyenaraikan 27 pemain untuk menyertai kem latihan pusat menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kuwait dan Lubnan bagi Jendela Perlawanan Antarabangsa FIFA bulan September.
Kedua-dua perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada 5hb dan 8hb masing-masing bertempat di Stadion Gelora Bung Tomo, Surabaya.
Difahamkan, Kluivert mengatur dua perlawanan ini bagi menguji dan mempersiapkan pasukannya sebelum menghadapi Pusingan 4 Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Oktober kelak di Arab Saudi.
Sebagai rekod, Ramadhan menyertai DPMM FC pada Julai lalu, berhijrah meninggalkan Persis Solo – perpindahan pertama ke luar negara dalam karier bola sepaknya.
Featured Image: Instagram Ramadhan Sananta