Al-Ikhsan Mula Jual Jersi Terengganu FC Musim 2025-26 – Harga RM149 Sehelai
Hafiz Omar

Jersi bagi kelab berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC (TFC) “home” dan “away” untuk musim 2025-2026 nampaknya sudah mula boleh dibeli oleh para peminat dan penyokongnya bermula hari ini.
Penjualan jersi bagi kedua-dua versi itu dikongsikan sendiri oleh Al-Ikhsan Sports yang merupakan pemilik kepada jenama ALX – pembuat jersi TFC – menerusi pelbagai platform media sosialnya.
Bermula hari ini, jersi-jersi itu sudah boleh dibeli secara fizikal di lima buah kedai iaitu Football Republic Pavilion Elite, Football Republic The Curve, Al-Ikhsan Sports The Curve, Al-Ikhsan Sports Batu 3 (Shah Alam) dan Al-Ikhsan Sports Aeon Mall Shah Alam.
Sementara itu, bermula 28hb Ogos, jersi-jersi itu akan boleh dibeli di semua cawangan Al-Ikhsan Sports di Terengganu. Kedua-dua jersi “home” dan “away” itu diletakkan tanda harga RM149 sehelai.
Dalam satu video ringkas, pereka teknikal pakaian sukan Al-Ikhsan, Khiarul Nuhar berkongsikan bahawa jersi “home” skuad bimbingan Badrul Afzan itu direka dengan mengambil inspirasi daripada ‘pemeleh’ – salah satu seni bina di negeri Terengganu.
Manakala corak belang hitam dan putih itu pula diambil daripada logo TFC itu sendiri disamping bertujuan untuk membangkitkan semula zaman kegemilangan skuad Hitam Putih.
Featured Image: Al-Ikhsan Sports